Archive for October 2006
Tentang India -part 1
pada semua org yg dah tahu, aku kini kat india, negara yang aku tak expect pun nak datang utk belajar ke sini, mcm mana aku bole sampai sini anggaplah itu takdir tuhan, dan aku dah rasa bersyukur kerana aku ditempatkan di negara ini untuk sambung belajar, ada banyak perkara menarik yg ingin aku kongsi bersama korang pembaca blog aku ni. aku akan ceritakan sedikit demi sedikit la, aku pun agak busy skarang ni….
Location Aku:
Bandar = Manipal
Daerah = Udupi
Negeri = Karnataka
(Ibu Negeri = Bangalore)
Negara = India
Pertama – KRIKET
Di India, Kriket adalah hidup, Kriket adalah jiwa dan raga pemuda pemuda dan rakyat India. Pemain pemain kriket diagungkan ibarat dewa dewa dan tuhan tuhan (petikan daripada artikel di BBC yg ditulis oleh Preity Zinta).
Kat mana saja korang pergi, korang akan nampak orang main kriket. Aku dah merentasi ke selatan,tengah dan timur india, kat semua tempat, kriket adalah sports utama. Masa aku kat bandar metropolitan Kolkata, aku ada lalu satu stadium kriket yang amat besar, ala2 stadium bukit jalil kot. Kalo ko bukak channel TV, sama ada ESPN, Starsport,Ten Sports,Zee Sports, dan beberapa lagi channel sport kat TV india (india ada 100++ channel TV manakala Malaysia ada beberapa channel sahaja) semua sports channel akan tayangkan kriket,kriket dan juga kriket. Sehinggakan match English Premier League live boleh dicancel dan diganti oleh match kriket yg juga sedang live dimainkan. Ternyata pada mulanya aku sangat tidak dapat menerima hakikat itu.Dah banyak kali match Arsenal diganti dgn Kriket, tapi aku takleh wat apa2 la, kene terima je la.
Mula2 aku mengutuk haram jadah game kriket ni, tapi semasa aku melepakkan diri kat hospital selama 15 hari, kerja aku hanya tgk TV dan sikit demi sedikit aku blajar mcm mana nak tgk kriket drpd seorang student pharmacy org bangladesh yg bekas wardmate aku (sblum aku dok bilik sorang, aku kene kongsi ngan tiga org patient lain). Jadi aku pun kekadang melayan la kriket ni jugak skrg. kalo korang nak tau ape bestnye, try la tgk sendiri dulu, kalo taktau baru la tanya aku balik. Skrg ketika korang tgh baca post aku ni, dunia kriket sedang menyaksikan berlangsung ICC Champions Trophy, almost ibarat 2nd World Cup bagi peminat bola sepak (kriket ade gak world cup), namun semalam pasukan India telah tewas kepada juara dunia Australia pada peringkat suku akhir. Takziah kepada 1.1 billion rakyat India. Moga negara anda menang pada world cup akan datang.
Kedua – LALU LINTAS & JALAN RAYA
Ada satu benda yg paling penting bagi rakyat India pada sesebuah kenderaan. cuba teka? aku bagi 10 minit sure korang takleh jawab, jawapannya ialah HON!!! yes! Hon yg digunakan untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya dan juga utk menegur org yg dikenali.
Ada satu kata2 kat sini, orang negara india, kalau antara Brek dengan Hon yang rosak, Mereka akan risau dan membaiki Hon terlebih dahulu, sejauh mana kebenaran kata2 ni aku pun tidak dapat memberi kesahihan.
Namun itulah hakikatnya, dimana sahaja anda berada, mahu di Trivandrum atau Coimbatore jauh nun di selatan, atau Ahmedabad di tengah, Kolkata di timur atau New Delhi di utara, di semua tempat, jalan raya akan penuh bising berbunyi dengan Hon,pengguna jalan raya India akan terus menerus membunyikan hon, untuk memberi amaran kepada pejalan kaki, penunggang motosikal, pemandu kereta,lori dan lain yang mereka juga berada di jalan raya.
Dari satu segi, ni memang bagus kerana secara langsung pengguna jalan raya akan terus aware ketika berada di jalan raya. Bukan seperti di Malaysia, setakat Hon je dah nak marah, orang India lebih cool apabila membunyikan Hon atau terkena bunyi Hon. Aku pada awalnya agak tak biasa, namun aku skrg bermaharajalela dengan Hon aku sbb Hon aku sangat kuat hahaha (aku bawak skuter), aku siap belagak2 lagi ngan org tempatan India kat sini.
Selain daripada Hon, Pengguna motosikal tidak diwajibkan untuk memakai topi keledar, yang merupakan satu kesenangan bagi pengguna motosikal seperti aku. Jangan salah sangka, tapi yang sebenarnye pengguna jalan raya di India sangat cermat dan berhati hati walaupun membawa kenderaan agak laju. Dengan penduduk yg sgt padat berjumlah 1.1 billion, di bandar kecil Manipal ni, jarang2 sangat accident jadi, aku rasa aku sendiri tak penah tgok lagi sampai skrg ni. Bila ko jadi pengguna jalan raya kat sini, automatically ko jadi aware gila dan skill ko akan bertambah cekap biar ko bawak motor atau kereta sbb jalan raya sangat teruk, berlobang2 dan sebagainya. Stakat pengalaman aku, pengguna jalan raya sangat bertimbang rasa kalau ade pejalan kaki atau kenderaan lain ingin melintas, dan sentiasa berwaspada. Ini satu bende aku respek kat org India.
Jalan raya berlobang lobang? ini perkara biasa di India, dengan keluasan negara yang sangat besar, Jalan jalan raya yang elok dan mantap aku tengok kat bandar2 besar je ada, yg aku dah pegi, Coimbatore,Trivandrum,Kolkata,jalan2 kat bandar2 besar ni mmg cun abis, tapi kat tempat kitorang? haram jadah, berlobang bapak besar nak mampus, ade skali aku terlupa, abis tersangkut tayar, kena turun angkat balik (kpada penghuni Manipal,lubang aku maksudkan ni kat depan Manipal Canteen).
Korang bayangkan la, ade satu Lebuh Raya (highway), antara Manipal dengan Mangalore, setelah musim hujan ianya bertambah teruk, aku percaya sape yg tak tahan naik roller coaster, ini lagi teruk daripada tu, nak mampus gile bergoyang2 kalo naik bas, almost sejam bergegar tanpa henti (total perjalanan 2 jam), kire kalo dah sampai kepala bingung2 dan pening2 sket la, kalo dah Lebuh Raya macam tu apetah lagi bandar kecil yang aku duduk ni, kalo ade pun org yg baik, die letak batu kat situ, pastu cover dgn tanah banyak2 jadi rata, so org boleh guna dgn senang hati.
P/S:*Kepada penghuni Manipal, sila lah comment utk tambahkan ttg 2 topik aku ceritakan ni
Ketiga – TUKANG MASAK & ORANG GAJI
Tunggu di post akan datang……!!! Misteri…!!!!
Sesuatu yang luar biasa
Berlalulah sudah Ramadhan,
Sebulan Berpuasa….
Bulan ramadhan merupakan bulan penuh makna untuk semua umat islam, daripada pelbagai aspek. Bulan yang dipenuhi rahmat dan hikmah daripada Allah yang Maha Esa. Ramai org yang bersyukur dan sangat bergembira di bulan puasa. Ada juga yg merungut dan bersedih ketika di bulan mulia ini. Walau apapun semua yang terjadi ada hikmahnya. Namun aku pasti setiap umat islam dapat belajar paling kurang pun 1 iktibar daripada bulan puasa ni. Sesungguhnya ianya sesuatu yang luar biasa.
Selamat Hari Raya. Ayat yg sering diucapkan oleh sesiapa sahaja untuk ibu bapa,keluarga,rakan rakan serta kenalan sempena sambutan hari raya aidilfitri pada bulan syawal. Apabila bersalaman dan berpelukan dengan ibu bapa, sambil disertakan dengan ucapan Maaf Zahir Batin, Mak, Abah, maafkan semua kesilapan saya. Air mata bercucuran, tidak kira lelaki atau perempuan. Perasaan Sebak, Sayu, dan Pilu datang. Bila bertemu dengan rakan rakan dan kenalan, hati menjadi gembira, segala kusut dan masalah kehidupan seakan akan tertangguh sementara. Sesungguhnya ianya sesuatu yang luar biasa.
Pada hari raya kali ni, buat kali kedua aku berada di perantauan. Sesuana kali ini sangat berbeza. Aku nak cerita pasal pengalam memasak utk 200 org. Seperti yang aku ceritakan dalam post2 aku sebelum ni, aku ditugaskan utk membuat masakan ayam masak merah utk kira2 200 org pelajar melayu di sini. Hari raya jatuh pada hari isnin. Majlis sambutan aidilfitri telah ditetapkan pada hari selasa. Selepas melawat roommate aku yg berada di hospital (refer post “tentang kesibukan minggu ini”), aku terus memulakan gerak langkah untuk memasak ayam masak merah.
Isnin, 9.30 pagi
Aku pindah semua barang2 yang aku guna nak masak ke rumah kawan aku yg dibuat sebagai venue utk jamuan hari raya ni. lepas dah abis pindah kan barang, semua bala tentera aku untuk memotong bawang2 yg banyak tu dan mengerat cili2 kering tu dah sampai. Aku terus dengan memulakan dgn potong cili, kupas bawang, dan potong ayam dengan serentak. Memula aku cuak gak aa sbb tak bape reti nak potong ayam, sebab kalo aku masak sendiri aku main bedal je potong mane2 arah pun, tapi skrg ni ade target nak hasilkan lebih kurang 200 ketul ayam, punyela kitorang try mengkaji cara2 potongan yang betul dan berhasil dgn kadar 14 ketul yg ngam2 saiznya. 4 org potong cili, 5 org kupas dan potong bawang, 4 org junior aku suruh potong bawang putih. Lpas tu terus aku suruh 3 org blender kan cili, bawang, halia, dan sebagainya. Aku buat apa? aku mengupas bawang dgn handal sekali. sentuh monitor tanda setuju! Abis lebih kurang pkol 12 tghari, pastu semua org balik, aku bawakkan bubur untuk rommate aku kat sepital, pastu aku balik rumah aku, aku pun tidor la, bapak penat giler (padahal tak buat apa pun aku rasa).
Isnin, 4.00 petang
Aku kumpulkan jejaka2 kacak untuk menggauli ayam ayam Isnin, 7.00 malam
Aku letak terus periuk belanga besar itu kat atas stove dan sambungkan gas (gas ni aku punye, siot tol, aku tak kire aku nak claim gak kat senior aku). acara memasukkan segala minyak,halia,segala jenis bawang, dan serai terus berjalan tanpa segan silu. tumis dah siap, masukkan cili blend, dan mereka lelaki dan perempuan itu terus menggauli sama sendiri…eh..silap…menggauli cili yg dah dituang ke dalam periuk tu. Aku buat apa? aku tgk kejap2 diorang buat keje, pastu cabut pegi layan lagu raya kat PA system kat halaman venue raya tu. pastu dah abis diorang masak cili tu, aku rasa nak tambah cili, jadi dgn selambanya aku tambah lagi dan lagi,wahaha best gile, aku suka cili!!, pastu aku biar diorang menggauli lagi, aku buat apa? aku gi sambung layan lagu raya.
Pastu masuk tomato, gaul dan gaul, pastu acara paling susah, iaitu masukkan garam dan gula bermula. kejap gula, kejap garam, pastu testing, susah btol part ni, punyela ramai aku panggil utk test, tak abis2 masukkan garam, gula, garam,gula, last2 aku dah hampir ke rasa di idam idam kan, aku terus stop masukkan gula dan garam, aku masukkan ayam plak, dan diorang gaul dan gaul lagi. aku buat apa? yela yela aku tolong gaul gak la…ok ok, pastu masukkan bawang2 tambahan dan akhirnya setel!! yes!! abis lebih kurang pkol 11malam.
Sesuatu yang luar biasa. Apakah ia? Aku rasa lega dan puas yg amat sebab kerja aku dah siap dengan jayanya. Aku dapat rasa keseronokan yang luar biasa,sebab buat kerja memasak ni melibatkan ramai orang,dan memerlukan kerjasama banyak pihak terutamanya kawan kawan aku. Aku rasa semangat kekawanan antara kawan2 yg tolong aku semakin kuat. Satu lagi kenangan indah tercatat dalam minda aku. Satu lagi pengalaman tertulis di memori aku.
Hari Raya Aidilfitri, ianya memang Sesuatu Yang Luar Biasa. Angkat tangan tanda setuju!
Selamat Hari Raya Untuk Semua dan Carilah perkara luar biasa yang anda alami ketika Hari Raya Aidilfitri!
p/s:Kalo sape2 nak resepi yang aku buat ni, silalah request ye kat comments tu, kalo ramai nak barula aku nak letak ye!
Seperti yang aku janjikan, aku dengan rasminya meletakkan gambar2 daripada acara memasak yg aku buat ni..akhirnya aku dah reti upload!
Rakan rakan yg mengisar Bahan Bahan
Acara Menumis Bawang2 dan bahan2 lain
SELAMAT HARI RAYA!!
selamat hari raya kepada seluruh umat islam yg merayakan hari raya tanda kemenangan melawan nafsu selama sebulan lamanya. aku menulis blog ni pada pkol 7.20 pagi sebelum pergi ke solat sunat hari raya di masjid lebih kurang pkol 8 pagi ni. post aku ni tak panjang sekadar nak menyatakan hari raya kepada pembaca2 blog ni.
Hari ni, hari isnin,23 oktober, negara2 yg aku tau meraikan hari raya pada hari ini ialah UK,US,Arab Saudi,Kuwait,Pakistan dan juga INDIA!! yes! Alhamdulillah, akhirnya tiba juga hari “Eid Mubarak” ini. aku sangat2 bersyukur kerana telah berjaya melaksanakan tanggungjawab lagi sekali pada bulan ramadhan tahun ni.
Kepada pembaca2 blog aku yg kat Malaysia, Selamat Hari Raya pada esok hari, korang lambat sehari, lagi byk pahala dapat insyaAllah!
Kepada Hani Sandrawati, simadu ku itu!, mula2 die kata “mana aci esok raya”, tetapi kemudiannya die mengucapkan Selamat Hari Raya kepadaku dan menyatakan betapa die mahu meraikan raya bersama sama aku. Dan di kesempatan ini di blog ni aku nak ucapkan Selamat Hari Raya sayang!!! Aku pun nak tersangat sangat meraikan raya bersama die, tak pernah lagi, maklumlah kami di Malaysia dipisahkan oleh Lautan China Selatan. Utk pengetahuan semua aku raya kali ni amat best sbb aku dapat baju raya yg cik madu aku buat sendiri, yes! die jahit sendiri tau baju raya die kasik aku ni! nanti aku letak gamba! terima kasih sayang!!
SELAMAT HARI RAYA DAN JUGA
MAAF ZAHIR BATIN AKU UCAPKAN KEPADA SEMUA RAKAN RAKAN YG MENGENALI AKU!
AKU MINTAK MAAF ATAS SEGALA SALAH DAN SILAP AKU YE!!!
SEMOGA ALLAH MERAHMATI SEMUA UMAT ISLAM SEMPENA KEDATANGAN HARI RAYA NI!!
p/s:sapa2 yg baca post ni sila2 la ucap hari raya utk aku kat comment tu hihihi!!
tentang kesibukan minggu ini
minggu ni mmg sibuk giler nak mampus. jadi aku tulis panjang sket la ni..
aku mempunyai assignment yg byk dan juga aku menguruskan bersama sama dengan senior aku utk jamuan majlis hari raya. jadi minggu ni sibuk sbb byk mesyuarat dibuat utk jamuan ni.aku ditugaskan untuk menempah bahan bahan mentah. Aku diminta utk mengorder daging lembu sebanyak 10 kg dan ayam sebanyak 40 ekor. Untuk pengetahuan korang, pelajar melayu kat sini adela dalam lebih kurang 200 org.
memandangkan diorang tahu aku reti memasak, aku diminta juga untuk memasak ayam masak merah sebagai main dish untk 200 org tersebut. jadi aku dibenarkan untuk panggil sapa2 untuk tolong aku. aku ade mintak tolong drpd beberapa kawan aku dan budak2 pempuan utk resipi terbaik nak masak ayam ni. aku guna 15 ekor je ayam.
yg baki 25 ayam tu ade junior aku die nak wat satay utk jamuan hari raya tu. wah dah lama tak merasa satay. harap2 sedap laa diorang masak, kalo tak rugi je aku mengidam mengidam tak menentu pasal.
aku pun cuak gak la tak pasati akan berjaya ke tidak masakan aku, harap2 takde org komplain la kan,kan,kan.
Kemudian, yang lebih merumitkan keadaan sibuk aku ni, bila roommate aku masuk hospital, terlantar kat bilik ward. die mintak yg special punyer. huhu besar gile bilik,ade tandas sendiri, ade tv, smua lengkap kecuali aircond, mesti mahal giler kalo amik aircond, yerler,the so-called India, bile ckp pasal aircond sure mahal, tak kisah la hotel ke,rumah sewa ke.
Dia sakit apa? tak tahu lagi, tapi die batuk melarat, dan kaki die lebam dan sakit. dulu masa kecik2 die penah dpt Osteomyelitis. kalo korang nak tau search je la. basically ade kuman tersangkut kat tulang pastu die akan buat tulang jadi rosak dan perasaan sakit yg amat. Penyakit ni boleh berulang kembali setelah beberapa lama. Yang amat merisaukan kalau kalau betul penyakit ni berulang kembali. tapi doktor pun tak dpt konfirm kan btul ke tak.bile refer kat pakar kulit die ckp Cellulitis, tapi tak mungkin la, sbb tak merebaik ngan pantas pun. tapi diorang dah start suntik antibiotik kat roommate aku ni. bagusla. harap2 sembuh dengan pantas
roommate aku mintak aku penuhi hajat die. dan aku pun bawaklah playstation2 aku ke bilik die. dan aku pun malam tadi teman die tidor kat bilik die kat situ, bilik tu ade extra katil jadi mmg bole la sorang pelawat bermalam kat situ. mula2 aku main winning eleven ngan die. die slalu main game lain tapi aku ajar die main bola, main punye main die kata nak benti sbb penat. bese la org sakit kan. last2 aku layan sorg2 sampai lewat malam.
Dulu,15 bulan yg lepas aku masuk ward kat hospital ni jugak, tapi dulu time tu wabak melanda manipal. jadi TV tak cukup dan time tu aku takde ps2, dan amat2 bosan dan tertekan sebenarnye duduk hospital ni sebagai pesakit la, tambah2 aku punye stay lama gila, menambah2 ketensionan minda. Org2 datang melawat amat2lah aku hargai. dan aku sgt2 paham kalo rummate aku suh bwk ps2 tu. sure die dah kebosanan dan tensen abis. jadi kalo ade org yg korang kenal masuk wad, pegi2 la melawat sure diorang bersyukur korang datang. aku masuk ward dulu sbb kene Hepatitis A. search la kat google sendiri kang kalo aku tulis kat sini tak abis2 lak. huhu.
raya dah nak dekat. bape kad raya korang dah dapat? aku ni raya 2nd tak balik rumah. takpela. kene la bersabar dan jadi kuat.Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin utk semua org yg rajin membaca blog aku ni. aku kalau raya aku paling suka pegi melawat rumah membe2. kalo masa kecik2 suka kutip duit raya dgn makan kuih raya. korg suka kuih raya apa? aku suka tak tentu sgtla, tapi janji kalo ade coklat2 sure aku bedal dulu, sbb aku mmg suka gile makan coklat. haha.
pastu aku dapat kad raya e-kad drpd abah tersayang. abah aku mmg terer komputer dan internet. die pensyarah IT dan matematik. so bese die anta e-kad je. bapak aku sertakan sebuah pantun. sangat2 terharu aku membacanye. pandai sungguh abah aku membuat pantun
Dari Manipal ke New Delhi
Singgah minum di tepi jalan
Kala Jabbar gembira di hati
Abah, Mama & keluarga merasa aman
Jual nasi lemak sungguh laris
lauknya sedap tukang masanya tua
Berada di perantauan jangan menangis
Insya ALlah nanti bersua jua.
Maaf Zahir Bathin dari Abah & Mama
dan semua keluarga.
Korang yg duduk jauh dgn parents tu janganlah lupa bagi kad raya kat diorang, kalu sibuk sgt, bagi ekad pun ok, tapi kalo call diorang time raya nanti lagi bagus. next post aku tulis kad raya yg si madu aku kasik kat aku. si madu aku bagi aku awal2 lagi time first week of puasa.
kesibukan minggu ni tak abis lagi, mulai esok kerja2 mencarik barang utk masak, dan isnin start masak utk jamuan pada hari selasa. nantikan gamba drpd aku. sbb aku rasa aku dah reti upload gamba dah haha..yeah yeah…
tentang open house rumah aku
dua hari lepas hari khamis, rumah aku buat open house, dan juga buat majlis tahlil, utk pemergian seorang sedare kpd budak batch aku, jadi skali aku buat open house aku memandangkan rumah aku je tak buat lagi. rumah org lain dah buat lama dah, aku je baru nak buat.
aku suruh la tukang masak aku, nama dia mohabbal. aku suruh dia masak:
Nasi Lemak. Cauliflower(nama kat sini Gobi) fry, Ayam Goreng buat kuah kacang.
pastu ade buat skali kek batik, dgn puding jagung(puding jagung bukan kitorang buat)
air kitorang buat air siren(sirap + oren)
budak melayu batch aku ade la dalam 30 org total laki pempuan. jadi guna 5 ekor ayam sudah lebih dari ckup. yg lain tu aku serahkan kat tukang masak aku utk beli. ayam je beli sendiri sbb aku baik ngan tokey kandang ayam.
Ayam kat sini 42 rupee sekilo. ala2 rm3.60 kot lebih kurang aa. kat msia bape haa skrg?
ok ok lepas masuk magrib kitorang bedal sket kek batik dan minum skadar nak alas perut pastu tunggu org datang. pastu membe2 smua dtg diikuti dgn budak2 pempuan. pastu majlis yaasin dgn tahlil start. dah abis pastu follow dgn pembedalan makanan yg sgt sedap.
siot tol. kalau la aku bole bwk balik tukang masak aku ni kan best. terer btul die masak. mmg best aa masakan die, pagi tadi sahur die buat rendang daging. giler superb sial. haha.
open house berjalan dgn lancar. yela 30 org je kire takde hal sgt la. upcoming event ialah majlis jamuan raya. batch senior aku buat ngan batch aku. total 250 org. pelajar2 muslim kat sini la smua dijemput.
aku amat berharap la kalau si madu awek aku tersayang dapat dtg aku punye open house. kalau lah bole naik bas daripada sabah sampai sini sure aku dah suruh dtg punye. tapi realiti ialah satu benda yg lain. haha. gelak aku kpada diri sndiri. padan muka. tapi takpa saba. save the best for the last. mungkin aku dpt bende lagi best bila blaja kat msia ke. such as awek aku keje kat smenanjung? i really hope so!
aku nak letak gamba dalam post ni tapi tak reti la. nanti la aku tanya org. aku dah lupa la pasal html ni. ok aku nak sambung tido ni ngantuk gilos. drpd sahur tadi tak tdo lagi, tadi dok betulkan internet. adapter tu rosak la. aku kene pakai komputer membe lak nak sebarkan internet utk satu rumah aku pakai.
aku nak bangun balik pkol 8.30pg nak gi pasar nak beli ikan. musim hujan dah benti, ikan besa2 dah sangkut kat nelayan. best gile ni dah lama tak makan sotong versi masakan mohabbal(tukang masak aku). ok aku seriusly ngantuk ni. tido dulu
