Archive for November 2006
Penangguhan rasmi
aku umum aku tangguhkan kejap blok ni ye, walaupun dah lama aku x post aku just nak bagitau aku ade exam sampai 9 december, jadi bila aku dah post yg baru jgn risau aku akan kecoh2 kat korang2 semua ye
Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2006
Tarikh Event ini = 24 Oktober 2006 @ 2 Syawal 1427
Kepada pengunjung setia blog aku, aku tangguhkan tentang india punye bicara untuk seketika. sbb aku nak tulis pasal Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2006 kat manipal ni. Majlis ini dianjurkan oleh pelajar paling senior setiap kali raya iaitu pada kali ini ialah pelajar drpd Batch 15, basically ni utk semua org melayu islam kat sini, dianggarkan lebih kurang 200 org, kepada pembaca tegar blog aku ni, aku ditugaskan untuk mengetuai pemasakan ayam masak merah. refer post yg lepas. dan pada hari ke 2 syawal, iaitu jatuh pada hari selasa kat sini (malaysia 1 syawal ialah hari selasa), Majlis itu telah diadakan.
Aku malas nak bercerita panjang2. korang paham2 la. kalau dah nama sambutan hari raya sure la best,riuh rendah,ceria dan sebagainya. tidak perlu la kalo aku tulis segala detail tentang emotion hari raya kat sini. aku gembira semuanya berjalan lancar seperti yg dirancangkan. Pada hari itu aku memakai baju melayu hijau yg simadu jahit sendiri utk aku! besnye! kalo la die ade skali menyambut raya mesti lagi best!!
tapi yg pentingnya, aku nak listkan jamuan makanan pada hari itu: (mcm mana nak wat bullet list tu ha?)
Nasi Minyak
Ketupat
Ayam Masak Merah
Rendang Daging Tok
Lontong
Satay Ayam + Kuah Kacang
Buah tembikai
Kek Batek
Puding Caramel
Agar2 sirap (ye kot? aku tak ingat)
Air Tembikai dan Air Nenas
Amacam? Best ke? Aku rasa best la compare ngan sambutan raya tahun lepas punye makanan dan aku pun merindui makanan hari raya kat msia! kan best kalo jasad aku bole berada kat msia masa hari raya!
