Archive for January 2007
various mood
today i felt like writing this post in english, coz actually im kinda like writing in english, and i felt various mood since several days, but you know these kind of experience makes you grow in maturity of thinking and feeling. today i learnt yet another side of my honey,it was fruitful knowledge that i gain about her, because i love her so much so that i want to know everything about her. enough said. but i didnt get my important thing accross to her while chatting with her just know. i felt very happy because i got my hands on the new Norah Jones album, Not too late, downloaded it from some hackers site because the album is only released at 30th january end of this month. only god knows how happy i am. haha. ok. thats a short memo for today, well just for the sake of jotting it down for what happen today. at least a reminder for myself!.
Tentang India -part 3
Keempat – Pakaian seharian orang india
pembaca2 blog ni mesti tertanya dan terpikir bagaimana gambaran org2 kat sini dari segi pemakaian diorang, semua hasil drpd observation aku selama aku tinggal kat sini dan ketika travel di seluruh India,ingin aku ingatkan ini hanyalah semata2 mengikut pendapat aku sahaja,perlu juga rakan2 aku utk mengesahkan tapi ramai yg telah bersetuju dgnnya ketika aku mengutarakan pendapat aku tentang hal ini. aku akan kategorikan kepada lelaki dan perempuan, dan mengikut kategori2 lain.
LELAKI
- baju yg paling umum ialah diorang suka pakai baju kemeja berkolar (of course la berkolar nama pun baju kemeja) -mesti korang ingat pelik tapi seriusly diorang ni mmg majority pakai baju kemeja tak kisahlah die tu doktor ke, org kaya ke,miskin ke,even pengemis pun pakai baju kemeja! pada pemilihan baju kemeja, mereka banyak yg gemar baju kemeja yg berkotak2 tak kira la kotak besar atau kecik = corak2 kotak ni remaja2 yg byk pakai/peringkat umur student Uni, yg dewasa dan tua2 besenye memilih kaler plain, dan yg betul2 tua2 (takdela sampai yg bongkok2 tu, yg nampak tua dan bongkok2 juga lah) suka memakai baju kemeja berwarna putih (slalu diganding dgn kain putih-sila baca penerangan pasal kain lepas di bawah)
- t-shirt? hanya beberapa org sahaja pakai dan tidak popular dan tidak digemari org2 tempatan india, namun saban hari aku nampak mcm peningkatan pada pemakai t-shirt yg beraneka ragam, kalo yg pakai tshirt bese diorang akan pakai yg tulisan2 atau gamba2 bese, dan bukanlah tshirt adidas mahupun nike (bukanlah diorang miskin, byk je kedai adidas dan nike kat sini) dan ini juga diiingatkan hanyalah generalization! ade sesetengah group yg aku perasan suka pakai lengan panjang, walaupun time musim panas! wow!
- seluar? atau kain? diorang kat sini yg besenya pakai kain hanyalah org2 dewasadan org tua, diorang punye kain hampir sama dgn kain pelikat namun kain diorang takde corak mcm kain pelikat dan juga tidak dijahit bersambung (kain lepas la) dan diorang ikat ade cara tersendiri,aku tau tapi tak reti nak describe, cara ikatan tu senang utk diorang berjalan, perlu diingat! diorang suka pakai baju kemeja kan? jadi pakcik2 ni ramai pakai baju kemeja + kain lepas.
- seluar pula? seluar secara general aku nampak kalo remaja2 masa kini ramai pakai jeans, tapi jeans diorang mmg gile2 bukan mcm kita kat msia yg pakai jeans yg lawa tapi takde corak2, agak2 modest gitu dari segi jeans punye presentation tapi jeans diorang kat sini mcm2 corak dan gaya, tampalan dan kaler2 yg divariasikan, dgn tompok2 putih di sana sini, poket sana sini, bootcut dan ENDLESS variation dan aneka jeans org kat sini pakai. menarik bukan? warna warni jeans india!
- bagaimana pula di kaki? ade dua kategori di sini, yg pakai kasut atau selipar dan yg berkaki ayam, ramai juga yg berkaki ayam di India ni, terutamanya pengemis, TETAPI bukanlah semua yg tak pakai selipar itu adalah pengemis, ade skali aku terkejut la die ni berkaki ayam aku nampak di depan rstoran rupa2nye die adalah pemilik hotel dan restoran di belakangnya! kagum! tapi seiring la juga dgn penyakit cacing yg byk di sini, pada kategori yg memakai kasut pula, yg pakai kasut, kasut diorang tak se-variasi jeans diorang, normal aje lah.
- aksesori? diorang sgt suka pakai spec hitam mungkin mereka merasakan diri mereka cool? atau meniru gaya2 artis bollywood seperti john abraham? (john abraham tak hengat nye byk iklan die pakai spek hitam) aku pun tak pasati di atas sebab musabab mereka suka memakai spec hitam namun itulah kenyataannya. aksesori lain? takde yg terlintas di fikiran aku heheh.
PEREMPUAN
- perempuan kat sini ada 4 jenis cara pemakaian, iaitu pertama memakai saree, kedua memakai salwar (baju punjabi tu kalo korg tahu la, kalau tak tahu tanya aku lebih lanjut), memakai jubah menutup segala inci badan kecuali muka,dan yg kontemporari seperti remaja zaman skrg = tshir + seluar.
- Saree? anda tahu ape saree saya pasti jawapannye ialah iya. tapi tahukah anda saree pada observation aku ade dua jenis iaitu yg baju atasnye menutup bahagian perut dan satu lagi yg expose bahagian perut seperti apa yg bese kite nampak officialnya saree itu! berbagai jenis kain saree juga seperti yg range murah2 kain nye tidak seberapa kilat dan coraknya adelah cliche dan sudah basi, dan yg range mahal kekilatan nye seperti menyabung org sampai mati -exaggeration je… ok2 berbalik kepada perbualan asal, tahukah anda bilakah mereka guna sari?? mereka akan guna saree hampir pada smua kerja seharian dan hampir smua pekerjaan akan memakainye, daripada pengemis, pembersih ikan dan penjual ikan di jeti dan pasar2 ikan, penjaga kaunter, cleaner rumah aku, cikgu, dan ape sahaja jenis pekerjaan terlintas di fikiran, yg aku paling terkejut ialah yg kerja buruh pun pakai saree! yg angkat2 batu besar2 atas kepala (aku tgk masa pergi sikkim) dan pengangkut barang2 kat blakang badan pun pakai saree! menakjubkan bukan? kire saree ni aku dah anggap macam baju national diorang, mmg sgt2 nasional sbb smua jenis pekerjaan memakainya, tak kiralah kerja keras atau cikgu atau ape2 skalipun.
- baju punjabi, baju yg labuh sampai lutut dan sluar mengguna material kain yg lembut (sama dgn baju,corak boleh berlainan) dan ade kain apetahnamaakutakingat yg letak kat leher pastu biar jatuh ke belakang, pakaian ni digemari oleh remaja2 dan student2 (peringkat umur student). begitu ramai yg memakai pakaian ini selepas saree (saree paling banyak org pakai).warna dan corak sangat2 variasi, oren,kuning,ungu, diadunkan berbagai bagai cara dan corak bunga2 yg bermacam2 dan ada yg dibubuh manik2 kilat2 atau serbuk2 ape tah, aku tau tapi tak reti nak describe hehe, korang jgn terkejut kalau ko tgk adunan warna yg ko rasa janggal tetapi kat sini nampak seperti biasa sahaja,ape yg ko nampak itulah kegemaran diorang betul kan? tak bleh nak bantah atau apa2 hehe…
- jubah. perempuan islam di sini tidak kurang banyak nya, dan majoriti memakai baju jubah melitupi segala badan dan biasanya jubah berwarna hitam, aku rasa smua org yg pakai jubah begini pakai kaler hitam. tak silap aku la, kwn2 aku kat sini sila bagi pandangan ye. of course diorang pakai tudung la.
- jenis kontemporari memakai tshirt dan seluar(mainly jeans la) semakin hari semakin berkembang dan makin ramai terutamanya yg kontemporari dan student2 kat sini yg datang dari pelusuk india, maybe yg dari bandar2 besar maybe pakai begini la, dan corak2 jeans tak begitu variasi seperti jeans2 lelaki namun tshirt2 perempuan ni byk gile corak dan warne, variasi la,
Begitulah penceritaan aku tentang pemakain pemakain org2 kat india ni, jadi kalau ada apa2 soalan aku sangat2 alu2 kan. post la soalan kat komen kat bawah ni, klik kat comment tu… pada kawan2 aku kat sini yg baca post aku ni, sila komen tentang pendapat2 anda yg berlainan dari artikel di atas tentang pemakaian org tempatan india yg mengikut observasi anda ye!
sekian terima kasih, nantikan perkara yg kelima pada next part ok!
Majlis Hari Raya Aidil Adha
pada 31/12/06,Majlis hari raya selamat diadakan dengan jayanya sekali! Mmg agak meriah dan best, skali layan movie independence day kat AXN, cte ni storyline ni aku suka, tapi menyampah gile dgn konsep, “US the saviour” pegi mampus daa, ok2 berbalik kepada tajuk asal,
Aku menjadi pengerusi majlis(takde mende pun sbenarnya-just cakap craps sket pastu serahkan kat kawan2 yg lead takbir sama2) pastu diikuti oleh 5 org mengetuai takbir bersama2 raya aidil adha ni, pastu dah abis smua org menjamu selera seperti berikut:
*Murtabak daging dan ayam (diketuai oleh wawa, dibuat bersama sama oleh smua org)
*Kek Batik = Wajib utk semua jenis perayaan (dibuat solo seorang diri oleh Razmi yg paling pakar dalam bab2 kek2 atau puding)
*Mee Hoon Sup Ayam (diketuai oleh ezliani dan dibantu oleh penghuni rumah thor)
akhirnya ianya berakhir dgn kegembiraan dan kemuafakatan,Alhamdulillah….
untuk gambar2 sila lah ke blog bergambar fairuz yg hensem
http://kayz-fairuz.fotopages.com/
Selamat Hari Jadi ke-22 untuk Hani Sandrawati
Syukur ke hadrat Illahi,di kesempatan yang best ni,aku, Abdul Jabbar ingin mengucapkan selamat ulang tahun ke 22 utk kekasih ku yg tercinta pada hari ini. aku ingin call die pada pkol 10.30 pagi hari ini kerana emaknye menyatakan yg die lahir pada 3 january 1985 pada pkol 10.30 pagi, hari ni akan menjadi hari yg best utk kami berdua. aku nak topup byk2 dan borak panjang2!!Ucapan kepada kekasihku: semoga panjang umur supaya jodoh kita akan ketemu di hari perkahwinan kelak, entry ni juga khas untuknya sempena hari jadinya pada hari ini, aku lebih suka sambut 3 januari drpd 1 januari(tahun baru), kalo buat 3 januari ialah starting utk tiap2 tahun lagi aku suka hehehe, dan aku harap dgn bertambahnya umur, moga menjadi lebih mature dan beriman dalam hidup dan juga menjadi lebih romantik dalam percintaan bersama aku!Penutup kata: Aku cinta padamu hani sandrawati! (cuba bygkan dalam kepala lagu sheila majid – aku cinta padamu)Sekian terima kasih!p/s:kpada para pembaca, jgn nak memandai komen kutuk2, komen baik2 je ye entry ni,entry2 yg lain takpe kalo nak kutuk2 hehehehe
