Archive for the ‘kehidupan seharian’ Category
Kanser mendekatkan diri kepada Allah (A Masterpiece essay written by my Mom)
Kanser mendekatkan diri kepada Allah
Oleh: Umi Purwati Sunoto
Limpahan karunia dan rahmat yang diberikan Allah kepadaku begitu banyak, terasa diri ini sangat disayangi Allah.
Dalam kehidupan berkeluarga, aku telah dipertemukan dengan seorang jejaka tampan dan gagah perkasa dari Malaysia. Aku yakin pertemuan dengan suamiku adalah atas kehendak Allah. Secara tidak sengaja, ketika aku keluar dari Mesjid Istiqomah, dia tersenyum memberi salam kepadaku, itulah bibit-bibit perkenalan kami sehingga kini aku menjadi permaisurinya.
Kasih sayang, kelembutan budi bicara dan ketaatan pada agama yang dimiliki oleh suamiku sangat menggembirakan hatiku. Kehidupan kami sangat mewah dengan cinta. Kami saling menyayangi, sehingga kami dikurniakan dengan enam orang cahaya mata, anak-anakku membesar dengan pintar, taat pada Allah dan patuh pada aku dan suamiku. Aku merasa kehidupan ini begitu indah dan sempurna.
Untuk membalas cintaku kepada Allah aku menyisihkan sebahagian malamku bersimpuh dihadapanNya, bertahajjud dan berdialog mesra, berzikir memuji Allah dan bertasbih mensucikan namaNya.
Namun begitu kehidupan manusia tidak pernah lepas dari ujian Allah. Tiap orang pasti pernah jatuh dan menangis ketika dalam perjalanan mendaki kerasnya tebing kehidupan ini. Semua itu adalah sebahagian daripada irama kehidupan yang ditetapkan oleh Allah untuk manusia. Begitu juga aku tidak terlepas dari semua ujian itu.
Allah memberiku ujian apakah aku masih bersyukur dan taat kepadaNya ketika musibah itu datang kerana aku yakin Allah akan menaikkan darjat hambaNya yang sabar dan tabah ketika mendapat ujian Allah.
Doaku perlahan di keheningan malam, “Ya Allah dengan kasih sayangMu aku mampu bertahan, kembali kepada ketentuan dan kehendakMu, ampunilah dosa-dosaku”.
Tidak pernah terlintas langsung dalam pikiranku penyakit yang ditakuti semua orang, kini kanser bersarang dalam tubuhku. Pada satu hari tahun 2001, ku temui benjolan kecil di atas payudara kananku, benjolan itu tidak sama sekali menggangguku, lalu ku biarkan begitu saja selama dua bulan kerana kesibukanku dan aku lalai membuat pemeriksaan ke doktor, ternyata memang betul positif kanser payudara stage kedua dan gred kedua.
Jika ku pejamkan mataku sekarang aku masih dapat melihat ekspresi wajah suami tercinta waktu doktor memberitahu hasil pemeriksaan. Dia tergamam tanpa berkata sepatah pun, lalu memandangku dan memegang erat jemariku, perlahan tapi jelas dia berkata “I love you, sayang” sambil tersenyum dan ku balas senyumannya. Kami saling berpandangan, “Ya Allah, berikan ku kekuatan untuk menempuh ujianMu ini”.
Pada saat itu, sedikit pun aku tidak menitiskan air mata. Kekuatan apa yang Allah telah berikan kepadaku, padahal aku ini orangnya mudah tersentuh dan menangis bila ada peristiwa yang menyedihkan.
Tangisan bagiku tidak boleh menyelesaikan masalah dan mengubah keadaan.
Doktor menyatakan aku hanya perlu membuang ketulan saja tanpa membuang seluruh payudaraku.
Pembedahan berlangsung selama lima jam dan alhamdulillah aku sehat dan tiga hari kemudian aku bisa pulang ke rumah.
Rawatan selanjutnya setelah pembedahan adalah kemoterapi sebanyak enam kali dan radioterapi sembilan belas kali.
Kemoterapi diberikan setelah sebulan setelah luka-luka pembedahan aku sembuh.
Ketika kakiku melangkah ke kamar rawatan kemoterapi jantungku berdegup kencang tanganku dingin kaku wajahku pucat tak bermaya. Hatiku berbicara, “apa sebenarnya akan terjadi nanti”. Takut yang teramat sangat, kata orang rawatan kemo itu terlalu sakit dan panas. Cerita-cerita yang negatif tentang kemoterapi sering menggangu fikiranku; mitos yang salah berdasarkan informasi dari orang yang tidak pakar membuat pesakit kanser tidak mau menjalani rawatan ini. Mereka, para pesakit kanser payudara ramai yang lari ke bomoh-bomoh yang kononnya boleh menyembuhkan kanser dengan jampi serapah yang tidak rasional langsung.
Dengan semangat dari suamiku, timbul keberanian, akan kuhadapi walau apa pun keperitan rawatan itu. Aku oleskan sedikit lipstick merah jambu di bibirku yang pucat lesi itu. Aku melangkah dengan tenang ke kamar rawatan yang telah disediakan. Jururawat dan doktor menyambutku dengan ramah. Mereka sangat baik dalam memberi perkhidmatan kepada pesakit-pesakit kanser sepertiku. Rasa takut yang tadi mencengkam diriku terus hilang bersama senyuman para doktor dan jururawat.
Sebelum kemoterapi dijalankan, terlebih dahulu darahku diambil untuk mengetahui kiraan sel darah merah agar mencukupi untuk memenuhi syarat kemoterapi.
Kemoterapi ialah penggunaan obat antikanser untuk memusnahkan sel kanser. Obat tersebut diberi secara suntikan atau dalam bentuk pil. Obat tersebut masuk ke dalam aliran darah dan akan sampai ke semua bahagian tubuh. Kesan sampingan obat kemoterapi antara lain ialah loya, muntah-muntah dan rambut gugur. Perlu diketahui bahawa bukan semua pesakit mengalami kesan sampingan yang teruk, seperti yang terjadi pada diriku.
Rambutku hanya gugur sedikit, tak sampai botak, loya tapi tak sampai muntah, hanya pening-pening lalat pada hari kedua dan ketiga. Hari pertama selepas kemoterapi aku masih boleh ke pasar, membeli belah dan mengajar senaman aerobik. Hari kedua dan hari ketiga perlu istirehat di rumah kerana badanku agak lemah dan sedikit pening begitulah seterusnya rawatan kemoterapi ku jalani sebanyak enam kali dalam masa empat setengah bulan. Proses itu ku jalani dengan tabah dan lengkap.
Kehidupanku kini ku lalui seperti biasa, bekerja sendiri di salunku, mengajar di kelas aerobik dan tarian.
Pekerjaan rutin harianku menjadi suri rumah, untuk suami dan anak-anak serta cucu-cucuku yang semakin bertambah. Di samping itu juga, untuk menambah kesyukuran atas nikmatNya, aku bergabung dengan kumpulan-kumpulan amal, seperti kumpulan sokongan kanser (cancer support group). Membantu kepada pesakit-pesakit kanser yang memerlukan sokongan moral dan berkongsi pengalaman, memberi semangat supya terus ke hadapan untuk menerima dan memerangi penyakit ini dengan mencari rawatan yang betul, iaitu pergi berjumpa doktor dan hospital yang sememangnya sudah terbukti keberkesanannya dan kebaikannya di seluruh dunia.
Rupa-rupanya banyak hikmah dan kebaikan di sebalik ujian yang menimpa, kalau kita bersabar menerima apa jua yang datang dariNya. Keterampilan tanganku bertambah kerana di dalam kumpulan sokongan banyak aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti modeling, seni gubahan, jahitan, lukisan, kraftangan dan lain-lainnya. Di samping itu juga, kami sering mendengar ceramah yang disampaikan oleh doktor-doktor pakar tentang penjagaan kesihatan agar kami semua dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan kesihatan yang unggul.
Ternyata kawan-kawanku bertambah banyak dan keyakinanku untuk berbicara di depan khalayak ramai semakin baik, dan aku lebih bersemangat dalam menjalankan kehidupan ini.
Kini aku yakin sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Allah memberikan anugerah yang sangat berharga berupa cubaan yang luar biasa.
Dengan ujian itu, aku justeru merasa kasih sayangNya yang sangat besar dan indah agar aku lebih dekat menghambakan diri kepadaNya.
Tawakkal dan pasrah kepada kehendakNya.
Ya Allah, dengan namaMu yang Maha Penyabar, aku memohon perkenanMu menganugerahkan namaMu ke dalam hatiku, supaya aku menjadi tabah dan sabar dalam menghadapi semua kesusahan dan penderitaan hidup.
Apabila Engkau lenyapkan penderitaanku, aku akan berkata, ternyata penderitaanku itu membawa nikmat.
menyusun semula iTunes
Kematian si putih ibook meninggalkan kesan yang berpanjangan, salah satunya ialah database muzik aku yang sgt besar, hampir 20gb. Terperap di dalam harddisk siputih yg berjaya aku recover, baru hari ini aku siap menyelenggara dan mengisi ke dalam iTunes yg baru di install di dalam siputih yang baru.
Si Putih Lenovo yang baru dengan full fledged database mp3 lagu lagu koleksi aku! sangat best!
dan aku dengar dua lagu yg aku sangat suka dan teringin letak kat blog.
dari band The Little Willies
1) tajuk Love Me: ada beberapa part lirik dia yang aku suka
“Treat me like a fool, treat me mean & cruel, but love me… Break my faithful heart, tear it all apart, oooh, but Love Me…”
“I will beg and steal, oh oh… just to feel, your heaartt, beating so close to mine…”
dinyanyikan oleh suara lunak Norah Jones sebagai penyanyi utama band itu, dengan nada Mellow Country Jazz yang sangat klasik dan syahdu, ini la baru lagu jiwang killer killer punya…hahaha…
2) tajuk It’s Not, You It’s Me
“Who keep the fire burning bright? The one who’s losing sleep at night? It ain’t you….oh baby it is me”
“So keep the rose you never brought, keep the ring that you never bought, it’s all my fault, it’s all my fantasy…“
“Oh but i can’t give you no more of myself, cause i’m looking out for somebody else. It ain’t you… oh… baby It’s me”.
OH! this one absolutely my favourite! Lirik die mmg killer abis, melody die mmg sangat syok dgn Muzik acoustic yg slow-catchy!
Tak sabarnye nak tunggu album ke 4 Norah Jones bulan November ni! Norah Jones tukar main instrument dari piano ke gitar! should be damn interesting!
Sketsa Hari Raya
Aku pulang ke kampung halaman di bangi, dan yg pulang untuk hari raya pertama ialah, abg aku mujahid & family, Kak ifa & family, nurul. In total, including parents aku, ada 12 orang. yg x balik utk raya pertama ada 9 org.
Sketsa ketika hari raya pertama hari ini.
Lebih kurang pukul 3 petang…..Ada 3 orang kanak kanak datang beraya ke rumah, dan disambut oleh Kak Huda (isteri kepadang abg aku, mujahid).
Kanak Kanak: Assalamualaikum! Kami datang nak beraya…
Abg Mujahid: Eh budak budak datang la, Huda pegi tengok jap, sambutla diorang tu
Kanak Kanak: Assalamualaikum!
Kak Huda: Waalaikumussalam. Masuklah dik oi, kejap kakak pegi belakang jap nk amik duit raya, masuklah dulu…
Kanak Kanak: terima kasih!
Kanak Kanak 3 orang tu duduk, dan kak Huda pun duduk, dan kak huda dgn niat nak menyakat budak budak tu, dia tanya….
Kak Huda: Eh korang ni, datang beraya rumah orang takkan tangan kosong je kot, nak datang rumah orang, kena la bawak makanan makanan, kueh2 raya barula betul….
Kanak Kanak (dengan penuh keyakinan): ADA! Kami Ada bawak!
Terus Kanak Kanak tersebut keluar dari rumah dan mengambil sesuatu dari basikalnya.
Kanak Kanak: Nah, ambiklah ni, mak kita suruh bagi Nasi Tomato ni kat orang2 yang tanya.
Kak Huda: (dalam hati: HAAAA??, biar betul budak budak ni)
Kak Huda: (Masih Terpaku)
Kak Huda: terima kasih ye, cakap kat mak tau. (menerima dengan hati terpaksa, nangis dalam hati, sob sob)
Pada petang itu, mama dan abah mendengar tentang kisah itu, seraya
Abah: Haaa Huda kene abiskanlah nasi tomato tu ye, kang tak abis rugi plak, penat penat je “masak” kan…. (Gelak Gelak)
Mama: Mujahid pun kene habiskan “masakan” isteri…kang merajuk pulak huda ni… (Gelak Gelak)
Kak Huda & abg Mujahid = (Gelak Gelak, tunduk dan sambil memaksa utk makan nasi tomato)
Ha Ha Ha, a classic piece of story for our family story. Gonna be repeated everytime our family gather together! sure!
Adakah anda teringin tukar kaum?
Entri ini di dalam bahasa melayu kerana isinya diambil bulat bulat dari orang yang berkata tentang itu.
Aku sangat tertarik dengan seorang pelanggan di jabatan kesihatan pemikiran di hospital di tempat aku melakukan praktikal pembelajaran kursus perubatan. (jabatan psy)
Ini juga aku dengar setelah negeri selangor, lebih spesifik Shah Alam telah melalui peristiwa antara kaum yang tidak sedap dibaca di surat khabar, didengar dari kawan sendiri, malah lebih jijik jika melihatnya terus dii youtube! ya. sila search di youtube untuk video tersebut.
Aku juga tidak pernah terfikir adakah kita boleh bertukar kaum? Mudah kah? Logik kah?
tetapi, auntie tersebut ialah kaum India, dan dia dengan selamba berkata:
Auntie: “Ada orang melayu nak tangkap saya dan keluarkan semua darah saya”
Dr. SN (bukan nama sebenar): “Kenapa auntie rasa diorang nak buat macam tu?”
Auntie: “Mereka nak buang semua darah saya, supaya mereka boleh masukkan darah melayu untuk tukarkan saya jadi kaum melayu”
Dr. SN: “Auntie yakin mereka boleh buat semua tu?”
Auntie: “Absolutely sure”
Kami yang berada di situ: ” ?????!!!!!! “
Aku: “Mmg idea yang inovatif dan kreatif sungguh auntie ni, tak pernah terlintas langsung idea macam ni!
sila google paranoid schizophrenia
Stressor
Aku tgh tensen betul waduh2 ujian ujian di bulan puasa
1. Ada orang nak merisik si dia. $#%^#$%@%@$#!@????? @%@%#^!$!@^!!!!!!!
2. Arsenal Kalah 2-1. Kekalahan yg tak deserve pun.
3. beberapa selisih faham dgn seorang kwn.
4. Arnab si ayim mati kerana kelalaian aku. Aku pun turut sedih atas kesedihan ayim. Aku tahu betapa dia sayangkan binatang yg die sendiri bela. Dia percayakan aku tuk jaga si arnab tu tapi aku completely forgotten about it. to ayim: Sorry and a lot of sorry from me.
I am a complete loser. for now.
i need to lift my esteem.
