tentang sesuatu

about anything

tentang darurat di mangalore

with 6 comments

Mangalore ialah sebuah bandar industri terletak di pesisiran pantai laut arab. Ianya hanyalah sebuah bandar yg pesat membangun dan mempunyai keluasan sebesar kuala lumpur. Penduduk seramai 1 juta orang dan mempunyai bilangan org islam yg agak ramai jika mahu dibandingkan dgn bandar yg lain. Mangalore terletak sejauh 65km daripada manipal sebuah bandar kecil dimana tempat aku belajar.65km tu dalam konteks negara india sangatlah dekat jaraknya.yg blajar kat mangalore ni ialah jauhari, die yg byk citer kat aku kisah2 ni.

ape yg aku nak citer ni ialah kisah hitam kat bandar ni yg jadik drpd 4 oktober sampai 10 oktober. kalau ikut media semasa, diorang citer smua ni start masa 4 oktober tu bila org penganut agama hindu tahan van tempo(lori kecik) yg bwk lembu utk disembelih kat rumah penyembelihan. van tempo tu org islam yg bwk. jadi lepas tu diorang trus gaduh dan org islam ni pun panggil geng2 die pastu gaduh terus menjadi jadi. korang boleh la search kat google news ke kalo nak tau pasal bende2 ni. atau search je la cmana pun sure ada. ni mmg hot topic kat india skrg.

pastu utk hari seterusnya, ade la org ramai2 konvoi naik motor baling baling batu kat kedai2 tepi jalan, buat riot gile2. ade yg bakar rumah2. sian gile mangsa yg kene bakar rumah die tu. ish ish ish. ade yg bakar tayar tayar dan letak kat tgh2 jalan utk melumpuhkan sistem pengangkutan bandar tu.

ape yg lagi menyedihkan, joe citer byk btul pembunuhan berlaku, ade org yg kene tikam dkat2 dgn saibin complex(aku slalu gi sopping complex ni),pastu ade 3 org budak kene tikam kat tempat lain, pastu ade org mati sbb macam2 la, ade yg kena tikam kat kuil dan tempat ibadah,smua pasal pergaduhan yg stat sbb yg mula2 tu la. mmg menyedihkan la dgr citer citer mcm ni, yg mana berlaku dekat je dgn tempat aku.

ape yg lebih menakutkan aku dan kitorang kat manipal ni bila kitorang dgr rumour yg cakap gaduh2 ni dah sampai kat udupi(bandar besar sket drpd manipal 2 km drpd sini). mmg terkejut jugak lah kalau betul2 sampai sini. mmg hidup dalam ketakutan la aku mcm tu.

joe ade citer gak pasal smayang jumaat kena kacau kat salah satu masjid kat mangalore.
petang jumaat tu askar2 sampai kat mangalore utk mengawal keadaan. polis dan askar di tempatkan setiap berapa meter utk mengawal keadaan sepenuhnya.

pastu 6 oktober malam terus darurat berkuatkuasa, semua org kena duk dalam rumah tak bole kluar, diorang issue statement, kalo sape2 kluar nanti kene tembak tanpa ragu2. diorang buat camni sbb violence dah berleluasa sesangat dah. total silence dalam bandar tu bila darurat berkuatkuasa, cuba bayangkan KL dalam total silence. mmg sangat2 awkward la kalo KL mcm tu kan betul tak?

kesian joe dan rakan2 kene terkurung dalam rumah sendiri dan darurat ni berleluasa sampai smalam baru abis.hari sabtu polis bagi kluar 2 jam kat org2 mangalore, berebut rebut lah smua org ke kedai kedai nak membeli makanan dan keperluan. hari ni barulah joe dan rakan2 boleh kluar utk pegi berjalan jalan dan beli2 makanan.

itulah aku nak ceritakan kat korang pasal kisah darurat ni. sbenarnye kalau nak guna total ekspression dan total truth mmg aku dah tulis giler2 tapi pikir kan keselamatan diri jugak aku amik langkah berjaga2. apa perasaan aku dan juga joe dan rakan2 mcm benci, takut, tensyen, panik, korang dpat paham2 kan la sendiri ye. yelah mane la tau skali ade ISA ke nak siasat takut gak aku atau special agent india ni ke mane bole suspect kan sbb tu la aku censor sket luahan perasaan aku tentang darurat ni. sile komen ye…

6 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. yay, aku nak jadik org 1st komen!

    jabbar, ko bwk bersabar + doa byk2 kat Dia. ujian bulan ramadhan tu.

    yg kene tikam tu org Islam ke? ke sesape je terbunuh?

    Ish ish. trauma tol. kalo payah sgt ko dtg down under k?

    ija

    October 11, 2006 at 12:23 pm

  2. menakutkan siyuuutttt
    sabar2 la jaba
    duk diam2 je kkk
    byk doa…

    aku xtau kalo aku ape yg aku buat….serius menakutkannnnnn
    diharapkan anda sihat dan slamat

    virgobiru

    October 11, 2006 at 3:33 pm

  3. mak aihh..abes joe pecite..aritu ade gak chat ngn die

    manetau ade member2 die yg jadi mangsa ke ape

    farid fadhly

    October 12, 2006 at 3:23 am

  4. ade membe joe kuar drpd rumah time perintah berkurung, pastu nasib baik polis tak tembak, die kejar membe die tu, pukul belasah die ckup2,pastu die suruh membe joe tu balik rumah balik.

    abduljabbar

    October 12, 2006 at 4:20 am

  5. tah2 joe tipu kot?(slambe je org tgh serius aku buat lawak ala2 najis kat sini kan?)

    asiput

    October 12, 2006 at 2:46 pm

  6. uishh..gile la..nk blaja pn payah..
    slamba la mintak cuti..
    balek msia

    ikan

    October 13, 2006 at 4:36 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: