tentang sesuatu

about anything

Sesuatu yang luar biasa

with 17 comments

Berlalulah sudah Ramadhan,
Sebulan Berpuasa….

Bulan ramadhan merupakan bulan penuh makna untuk semua umat islam, daripada pelbagai aspek. Bulan yang dipenuhi rahmat dan hikmah daripada Allah yang Maha Esa. Ramai org yang bersyukur dan sangat bergembira di bulan puasa. Ada juga yg merungut dan bersedih ketika di bulan mulia ini. Walau apapun semua yang terjadi ada hikmahnya. Namun aku pasti setiap umat islam dapat belajar paling kurang pun 1 iktibar daripada bulan puasa ni. Sesungguhnya ianya sesuatu yang luar biasa.

Selamat Hari Raya. Ayat yg sering diucapkan oleh sesiapa sahaja untuk ibu bapa,keluarga,rakan rakan serta kenalan sempena sambutan hari raya aidilfitri pada bulan syawal. Apabila bersalaman dan berpelukan dengan ibu bapa, sambil disertakan dengan ucapan Maaf Zahir Batin, Mak, Abah, maafkan semua kesilapan saya. Air mata bercucuran, tidak kira lelaki atau perempuan. Perasaan Sebak, Sayu, dan Pilu datang. Bila bertemu dengan rakan rakan dan kenalan, hati menjadi gembira, segala kusut dan masalah kehidupan seakan akan tertangguh sementara. Sesungguhnya ianya sesuatu yang luar biasa.

Pada hari raya kali ni, buat kali kedua aku berada di perantauan. Sesuana kali ini sangat berbeza. Aku nak cerita pasal pengalam memasak utk 200 org. Seperti yang aku ceritakan dalam post2 aku sebelum ni, aku ditugaskan utk membuat masakan ayam masak merah utk kira2 200 org pelajar melayu di sini. Hari raya jatuh pada hari isnin. Majlis sambutan aidilfitri telah ditetapkan pada hari selasa. Selepas melawat roommate aku yg berada di hospital (refer post “tentang kesibukan minggu ini”), aku terus memulakan gerak langkah untuk memasak ayam masak merah.

Isnin, 9.30 pagi
Aku pindah semua barang2 yang aku guna nak masak ke rumah kawan aku yg dibuat sebagai venue utk jamuan hari raya ni. lepas dah abis pindah kan barang, semua bala tentera aku untuk memotong bawang2 yg banyak tu dan mengerat cili2 kering tu dah sampai. Aku terus dengan memulakan dgn potong cili, kupas bawang, dan potong ayam dengan serentak. Memula aku cuak gak aa sbb tak bape reti nak potong ayam, sebab kalo aku masak sendiri aku main bedal je potong mane2 arah pun, tapi skrg ni ade target nak hasilkan lebih kurang 200 ketul ayam, punyela kitorang try mengkaji cara2 potongan yang betul dan berhasil dgn kadar 14 ketul yg ngam2 saiznya. 4 org potong cili, 5 org kupas dan potong bawang, 4 org junior aku suruh potong bawang putih. Lpas tu terus aku suruh 3 org blender kan cili, bawang, halia, dan sebagainya. Aku buat apa? aku mengupas bawang dgn handal sekali. sentuh monitor tanda setuju! Abis lebih kurang pkol 12 tghari, pastu semua org balik, aku bawakkan bubur untuk rommate aku kat sepital, pastu aku balik rumah aku, aku pun tidor la, bapak penat giler (padahal tak buat apa pun aku rasa).

Isnin, 4.00 petang
Aku kumpulkan jejaka2 kacak untuk menggauli ayam ayam Isnin, 7.00 malam
Aku letak terus periuk belanga besar itu kat atas stove dan sambungkan gas (gas ni aku punye, siot tol, aku tak kire aku nak claim gak kat senior aku). acara memasukkan segala minyak,halia,segala jenis bawang, dan serai terus berjalan tanpa segan silu. tumis dah siap, masukkan cili blend, dan mereka lelaki dan perempuan itu terus menggauli sama sendiri…eh..silap…menggauli cili yg dah dituang ke dalam periuk tu. Aku buat apa? aku tgk kejap2 diorang buat keje, pastu cabut pegi layan lagu raya kat PA system kat halaman venue raya tu. pastu dah abis diorang masak cili tu, aku rasa nak tambah cili, jadi dgn selambanya aku tambah lagi dan lagi,wahaha best gile, aku suka cili!!, pastu aku biar diorang menggauli lagi, aku buat apa? aku gi sambung layan lagu raya.

Pastu masuk tomato, gaul dan gaul, pastu acara paling susah, iaitu masukkan garam dan gula bermula. kejap gula, kejap garam, pastu testing, susah btol part ni, punyela ramai aku panggil utk test, tak abis2 masukkan garam, gula, garam,gula, last2 aku dah hampir ke rasa di idam idam kan, aku terus stop masukkan gula dan garam, aku masukkan ayam plak, dan diorang gaul dan gaul lagi. aku buat apa? yela yela aku tolong gaul gak la…ok ok, pastu masukkan bawang2 tambahan dan akhirnya setel!! yes!! abis lebih kurang pkol 11malam.

Sesuatu yang luar biasa. Apakah ia? Aku rasa lega dan puas yg amat sebab kerja aku dah siap dengan jayanya. Aku dapat rasa keseronokan yang luar biasa,sebab buat kerja memasak ni melibatkan ramai orang,dan memerlukan kerjasama banyak pihak terutamanya kawan kawan aku. Aku rasa semangat kekawanan antara kawan2 yg tolong aku semakin kuat. Satu lagi kenangan indah tercatat dalam minda aku. Satu lagi pengalaman tertulis di memori aku.

Hari Raya Aidilfitri, ianya memang Sesuatu Yang Luar Biasa. Angkat tangan tanda setuju!
Selamat Hari Raya Untuk Semua dan Carilah perkara luar biasa yang anda alami ketika Hari Raya Aidilfitri!

p/s:Kalo sape2 nak resepi yang aku buat ni, silalah request ye kat comments tu, kalo ramai nak barula aku nak letak ye!

Seperti yang aku janjikan, aku dengan rasminya meletakkan gambar2 daripada acara memasak yg aku buat ni..akhirnya aku dah reti upload!

pemotong bawang Pengupas&Pemotong Bawang

Pengerat ciliPengerat Pengerat Cili

Pengisar Bahan Bahan Rakan rakan yg mengisar Bahan Bahan

Jejaka jejaka penggoreng ayamJejaka jejaka Penggoreng Ayam

ayam digoreng Ayam Ayam itu digoreng!

tumis bwngAcara Menumis Bawang2 dan bahan2 lain

aku sedang mengisi ayam!Menuang ayam ke dalam kuah merah itu!!

penggaulan ayamMereka menggaulkan ayam hingga sebati

Written by dr.jabbar

October 25, 2006 at 7:25 am

Posted in special event

17 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. hensem sial aku…

    Kay

    October 25, 2006 at 7:38 am

  2. Nama saya Farhan Afiq. Saya pernah bersua dengan Abdul Jabbar semasa di KDU dahulu. Kisah kami sememangnya sedih di penghujung persahabatan kami, walaupun penuh dengan kegebiraan semasa bersama. Kami tinggi di apartment di tingkat 4 di dalam bilik yang kecil. Namum begitu, hati kami besar. Kami mengharungi pelbagai cabaran semasa bermain Warcraft, Starcraft dan yang cabaran paling besar sekali adalah semasa kami terpaksa mencuci periuk nasi yang sudah teruk berkulat. Abdul Jabbar memang sahabat yang baik hati and berterus terang. Beliau berterus terang mengatakan kisah Puteri Gunung Ledang bertaraf 5 bintang walaupun orang lain tidak bersetuju dengannya terutama sekali saya, rakan sebiliknya. Walaupun kami tinggal sebilik, kami tidak pernah melakukan benda tidak senonoh kerana Abdul Jabbar seorang yang kuat imannya dan teguh pendiriannya. Saya, Farhan Afiq amatlah bangga menjadi sahabat Jabbar.

    Mohd Farhan Afiq Ghazali

    October 26, 2006 at 7:29 am

  3. cayalah jabba!!

    dah ade gegambar !!! sedap ke tak tu?? byk tgn yg buat aku tgk.jadi ape fungsi kau kat sane?

    adamjuni

    October 26, 2006 at 1:19 pm

  4. fungsi aku? aku lead…tapi mostly keje smua…aku? aku chill je…haha

    abduljabbar

    October 26, 2006 at 1:29 pm

  5. Assalammualaikum.. best jg raya kat sana..

    Minta maaf atas segala salah silap.. Benda2 yg aku buat dulu yg ko tak suka tu, maafkan la.. Maybe tak matang lagi time tu..

    “Berpeganglah kamu pada tali Allah dan janganlah sekali-kali kamu berpecah belah.. dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu Telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.” (Ali-Imran, 3:103)

    Salam aidilfitri dari Adelaide..

    ps: final 2nd year aku start 7 Nov ni. Doakan aku pass 2nd year ni.. dan oh ya.. Aku dah lama tak tukar setting template aku.. dah masukkan link ko.. 😉

    aie

    October 28, 2006 at 8:03 pm

  6. jaba
    ko bile nk blk cni?
    bleh dtg raya umah aku skali
    tlg masak skali kee
    hehehhehe

    virgobiru

    October 29, 2006 at 2:47 am

  7. lagi setahun aku balik aa, tak lama pun lagi tuuu, haha, cik virgobiru bila mau update blog?

    abduljabbar

    October 29, 2006 at 6:25 am

  8. sangat meriah perayaan kau! nak bandingkan dgn aku yg pakai baju tido ni mmg kalah la.

    akan ku link blog ngko ni. have the best life ok jabbar!

    saddiq

    October 29, 2006 at 9:56 am

  9. Oi, not bad perayaan ko. aku tak raye pn. anyway, sejak bile ko jadi mandor mcm aku? aku je ade hak kepade pemegang2 mandor2 sedunia. And Saddiq, hi! lame tak dgr kabar. nmpknye Encik Mohd Farhan Afiq Ghazali dh belagak ngn aku. blah ar ko.

    Anyway, aku pos comment ni nk mintak maap and ampun kalo ade silap dr kutub utara smpi kutub selatan, dr garisan greenwich smpi ke garisan longititude melbourne.

    Hidop di dunia biarla berpade wahai Encik Jabbar oi, so abeskan wang anda utk belanje aku mkn kfc balik msia nnt. Aku dh kempunan gile ngn sume bende mknn2 msia ni.

    Aku kalobole tanak brenti menaip tp terpakse. sebelom aku brenti, meh sini aku kasik satu gosip, amal ngn ija dh clash! ok -d n-

    Muhammad Naqiuddin Baharum

    October 29, 2006 at 1:41 pm

  10. oi jaba..panjang kau tulis nih..mcm best je..

    okla aku baca dulu..

    farid fadhly

    October 30, 2006 at 1:37 am

  11. cheh…

    kesimpulannya kau paling kool dalam cerita ni kan?

    nasib baik kau call aku sebelu masak tu..teharu gak a…

    farid fadhly

    October 30, 2006 at 1:51 am

  12. Assalaamualaikum Jabbaruddin yang kuhormati…

    aku rs ko ni keturunan Jawa Ulung la…campak mana pon ko xleh nak dudok diam. adeeee aje mnatang yang ko usahakan. btol? syabas. ko antara manusia yang paling bnyk cari masalah n selesaikan masalah yang pnah aku jumpa.

    basically cite ko tu xde mende…jangan nak ‘up’ sorang2 la wey…da la…xde ape la…citt podah…kese ho gaya naidu toratora hi jai hengge mera sanam pyar kar te ho’. areee chutta chutta kare pira zindaghi hey, wal akhirat hey….
    pesanan khas kene la encrypt sket.

    ko memang pandai masak jaba…aku pcaya…mcm ko masak kari kat KDU la, mamat farhan tu boley bandingkan warna kuah kari lu ngn gambar kat label rempah, pastu kata JADI..siutt..time makan smua senyap…lepas makan,..”thanx jaba, tp aku rs ni last ko masak”…wakaka.

    apapon, bdasarkan pengalaman (starts serius) ko manusia yang cepat blajar…n aku percaya ko boley maju dlm apa jua bidang yang diceburi (gaya MB).

    Satu mende aku tringat bila ko touch screen labtop aku…ingat x? hehe…

    ok jaba, C U again, hati suda rindu sama lu la.

    Aliuddid

    October 30, 2006 at 4:35 am

  13. hahahhaha..waaa jabbar pun ada blog?? cool cool…i jumpa ur blog thru dania’s….. ngehehehehe. aper cer, pakcik jabbar?? tak rindu pada saya kah? ahahaha ngehehhehe

    slmt rayaaa…maaf zahir dan batin!!! =D

    yaya/ azalia/ byk gelak... ingat tak?

    October 30, 2006 at 5:23 am

  14. jaba..leh aja memasak..

    jaba mmg kool

    ikan

    October 31, 2006 at 1:55 am

  15. patut la pedas gila ayam masak ari tuh.. ko punye kije ke?
    hihihi. tapi mmg sedap laa aku mkn sampai abih jugak walaupon terpakse menelan air bergelas gelas..hihihi

    oleen

    November 1, 2006 at 1:04 pm

  16. 5ec580b542fffb19447d

    5ec580b542fffb19447d34a49f663acf5ec580b542ff


Leave a reply to Aliuddid Cancel reply