tentang sesuatu

about anything

Tentang India -part 1

with 15 comments

pada semua org yg dah tahu, aku kini kat india, negara yang aku tak expect pun nak datang utk belajar ke sini, mcm mana aku bole sampai sini anggaplah itu takdir tuhan, dan aku dah rasa bersyukur kerana aku ditempatkan di negara ini untuk sambung belajar, ada banyak perkara menarik yg ingin aku kongsi bersama korang pembaca blog aku ni. aku akan ceritakan sedikit demi sedikit la, aku pun agak busy skarang ni….

Location Aku:
Bandar = Manipal
Daerah = Udupi
Negeri = Karnataka
(Ibu Negeri = Bangalore)
Negara = India


Pertama – KRIKET

Di India, Kriket adalah hidup, Kriket adalah jiwa dan raga pemuda pemuda dan rakyat India. Pemain pemain kriket diagungkan ibarat dewa dewa dan tuhan tuhan (petikan daripada artikel di BBC yg ditulis oleh Preity Zinta).

Kat mana saja korang pergi, korang akan nampak orang main kriket. Aku dah merentasi ke selatan,tengah dan timur india, kat semua tempat, kriket adalah sports utama. Masa aku kat bandar metropolitan Kolkata, aku ada lalu satu stadium kriket yang amat besar, ala2 stadium bukit jalil kot. Kalo ko bukak channel TV, sama ada ESPN, Starsport,Ten Sports,Zee Sports, dan beberapa lagi channel sport kat TV india (india ada 100++ channel TV manakala Malaysia ada beberapa channel sahaja) semua sports channel akan tayangkan kriket,kriket dan juga kriket. Sehinggakan match English Premier League live boleh dicancel dan diganti oleh match kriket yg juga sedang live dimainkan. Ternyata pada mulanya aku sangat tidak dapat menerima hakikat itu.Dah banyak kali match Arsenal diganti dgn Kriket, tapi aku takleh wat apa2 la, kene terima je la.

Mula2 aku mengutuk haram jadah game kriket ni, tapi semasa aku melepakkan diri kat hospital selama 15 hari, kerja aku hanya tgk TV dan sikit demi sedikit aku blajar mcm mana nak tgk kriket drpd seorang student pharmacy org bangladesh yg bekas wardmate aku (sblum aku dok bilik sorang, aku kene kongsi ngan tiga org patient lain). Jadi aku pun kekadang melayan la kriket ni jugak skrg. kalo korang nak tau ape bestnye, try la tgk sendiri dulu, kalo taktau baru la tanya aku balik. Skrg ketika korang tgh baca post aku ni, dunia kriket sedang menyaksikan berlangsung ICC Champions Trophy, almost ibarat 2nd World Cup bagi peminat bola sepak (kriket ade gak world cup), namun semalam pasukan India telah tewas kepada juara dunia Australia pada peringkat suku akhir. Takziah kepada 1.1 billion rakyat India. Moga negara anda menang pada world cup akan datang.


Kedua – LALU LINTAS & JALAN RAYA

Ada satu benda yg paling penting bagi rakyat India pada sesebuah kenderaan. cuba teka? aku bagi 10 minit sure korang takleh jawab, jawapannya ialah HON!!! yes! Hon yg digunakan untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya dan juga utk menegur org yg dikenali.

Ada satu kata2 kat sini, orang negara india, kalau antara Brek dengan Hon yang rosak, Mereka akan risau dan membaiki Hon terlebih dahulu, sejauh mana kebenaran kata2 ni aku pun tidak dapat memberi kesahihan.

Namun itulah hakikatnya, dimana sahaja anda berada, mahu di Trivandrum atau Coimbatore jauh nun di selatan, atau Ahmedabad di tengah, Kolkata di timur atau New Delhi di utara, di semua tempat, jalan raya akan penuh bising berbunyi dengan Hon,pengguna jalan raya India akan terus menerus membunyikan hon, untuk memberi amaran kepada pejalan kaki, penunggang motosikal, pemandu kereta,lori dan lain yang mereka juga berada di jalan raya.

Dari satu segi, ni memang bagus kerana secara langsung pengguna jalan raya akan terus aware ketika berada di jalan raya. Bukan seperti di Malaysia, setakat Hon je dah nak marah, orang India lebih cool apabila membunyikan Hon atau terkena bunyi Hon. Aku pada awalnya agak tak biasa, namun aku skrg bermaharajalela dengan Hon aku sbb Hon aku sangat kuat hahaha (aku bawak skuter), aku siap belagak2 lagi ngan org tempatan India kat sini.

Selain daripada Hon, Pengguna motosikal tidak diwajibkan untuk memakai topi keledar, yang merupakan satu kesenangan bagi pengguna motosikal seperti aku. Jangan salah sangka, tapi yang sebenarnye pengguna jalan raya di India sangat cermat dan berhati hati walaupun membawa kenderaan agak laju. Dengan penduduk yg sgt padat berjumlah 1.1 billion, di bandar kecil Manipal ni, jarang2 sangat accident jadi, aku rasa aku sendiri tak penah tgok lagi sampai skrg ni. Bila ko jadi pengguna jalan raya kat sini, automatically ko jadi aware gila dan skill ko akan bertambah cekap biar ko bawak motor atau kereta sbb jalan raya sangat teruk, berlobang2 dan sebagainya. Stakat pengalaman aku, pengguna jalan raya sangat bertimbang rasa kalau ade pejalan kaki atau kenderaan lain ingin melintas, dan sentiasa berwaspada. Ini satu bende aku respek kat org India.

Jalan raya berlobang lobang? ini perkara biasa di India, dengan keluasan negara yang sangat besar, Jalan jalan raya yang elok dan mantap aku tengok kat bandar2 besar je ada, yg aku dah pegi, Coimbatore,Trivandrum,Kolkata,jalan2 kat bandar2 besar ni mmg cun abis, tapi kat tempat kitorang? haram jadah, berlobang bapak besar nak mampus, ade skali aku terlupa, abis tersangkut tayar, kena turun angkat balik (kpada penghuni Manipal,lubang aku maksudkan ni kat depan Manipal Canteen).

Korang bayangkan la, ade satu Lebuh Raya (highway), antara Manipal dengan Mangalore, setelah musim hujan ianya bertambah teruk, aku percaya sape yg tak tahan naik roller coaster, ini lagi teruk daripada tu, nak mampus gile bergoyang2 kalo naik bas, almost sejam bergegar tanpa henti (total perjalanan 2 jam), kire kalo dah sampai kepala bingung2 dan pening2 sket la, kalo dah Lebuh Raya macam tu apetah lagi bandar kecil yang aku duduk ni, kalo ade pun org yg baik, die letak batu kat situ, pastu cover dgn tanah banyak2 jadi rata, so org boleh guna dgn senang hati.

P/S:*Kepada penghuni Manipal, sila lah comment utk tambahkan ttg 2 topik aku ceritakan ni


Ketiga – TUKANG MASAK & ORANG GAJI

Tunggu di post akan datang……!!! Misteri…!!!!

15 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. yeah jabar..aku komen dulu…

    byk yg kau type kat sini kau dah cite kat aku la…

    aku ingat kau kene letak gambar preity zinta besar2 agar lebih menarik entry kau nih ha ha

    kancil pin pin pon nak pegi india ah camni

    pin pin pin (bunyik hon)

    farid fadhly

    October 31, 2006 at 12:47 am

  2. pin pin pin

    aku nak g india..leh lpak umah kau

    org kate kalau bwk moto belum cium jalan maknanye skill kau lum cukup hebat

    aku xtau laa btol x

    tp kalau asek cium jalan,maknanye mmg kite org bangang

    ikan

    October 31, 2006 at 1:58 am

  3. pehh..
    aku suke ayat yg last tu..
    misteri..

    ala, kat melesia pon same gak.

    lokasi : bangi ss 15(mapleh)
    depan pasaraya hock eng

    ade lubang besar nak mampos, kalu ko ltak tanah dlm selori pastu pacak 2 tiang kat situ, mesti nampak cam kubur.

    adamjuni

    October 31, 2006 at 8:22 am

  4. JANGAN LETAK PREITY ZINTA!!! LETAK RANI MUKERJI KK??!!!

    ANYWAY KRIKET BG AKU HAMPEH,KWN AKU TGK APE BENDE TAH KRIKET YG SEHARI SUNTUK TU PUN AKU DH BANG, SUMPAH HAMPEH!!!! ANYWAY KO TAU2 JE LA AKU.APE JE SUKAN AKU TGK.

    p/s: caps=cruise control
    p/s2: org aus gile sukan, ape2 sukan pn.naik tension aku tgk org aus.cube la suke main game ke ape ke.
    p/s3: rani mukerji > preity zinta.

    Muhammad Naqiuddin Baharum

    October 31, 2006 at 4:47 pm

  5. citer aa pasal lembu.. aku pegi mane2 pun jumpe lembu je.. dalam istana mysore pun ade lembu.. aaaaaa..

    jimi

    October 31, 2006 at 11:21 pm

  6. India memang best.. Aku suka tgk diaorg main kriket.. Teruja especially wicket!😛

    aie

    November 1, 2006 at 11:12 am

  7. aku jeles dgn tukang masak ko..

    ija

    November 1, 2006 at 12:03 pm

  8. waaahhhh bgs entri ko
    aku suke
    menarik.
    aku baca dr atas smpi bawah tanpa miss ape2 pon
    ayat ringkas. isi menarik. fokus. (aku bakal jd pengkritik blog mcm ni)

    aku nk g india la. nk experience. nk g taj mahal.
    ayat last tu…aku rs dh tau. tp aku akan biar empunya blog ni cite ok?

    virgobiru

    November 1, 2006 at 10:24 pm

  9. melambung2 je bila naik kenderaan kat sini.aduh, kire highway ke manipal ke mangalore tu.aku naik bas 1 jam stengah pun dah bole mabuk dah lalu jalan2 gitu.isk.
    eit2, kat mangalore (city) dah wajib pakai topi keledar tau. aku baru baca paper smalam.hehe.
    huhu, apelah yang ko nak citer pasal mohabal yang mantap tu dengan yemma ye?

    aima

    November 7, 2006 at 11:50 am

  10. Jaba, lu pandai tulis la…. apa kata ko jai lidah pengarang utk majalah maskulin, bi-pop, pancaindera, mahupon mastika….nak ‘up’ sket sila apply utk MASSA. Time xleh la amal da amik. lu pandai tulis la mat, janan berenti. teruskan berblog ya…..

    Aliuddin

    November 22, 2006 at 2:40 pm

  11. Good site!!!

    dcoeh

    April 9, 2007 at 5:59 pm

  12. Here you will find articles penis about serious penis enlargement products and much more like penis conditions, erection, sexual health, sexuality, jelqing, penis enlargement pills. Visit: http://www.sinepenis.com

    Vimax Pills

    June 1, 2007 at 2:31 am

  13. hai…salam kenal, aku gadis indonesia…walaupun bahasa kita sama-sama aliran melayu, tapi aku gwk terlalu menguasai dan memahaminya. Maklum…aku pake bahasa indonesia..by the way aku tuh tertarik banget sama INDIA…tolong dong…aku pengen banget bisa belajar bahasa india..tolong kasih info website tentang translate indonesia-india atau inggris-india…terimakasih

    rieka

    February 9, 2008 at 3:04 pm

  14. Natural Gain Plus for Natural Male Enhancement The Natural Gain Plus program is a powerful natural male enhancement program that is now available to you.. We have continued success with out program using the latest penis enhancement techniques so you can enjoy a strong healthy sex life.

    Natural Gain Plus

    April 5, 2009 at 1:38 pm

  15. Finally the beginning of English Premier League. Will be exciting and unpredictably. With SkySportsHD1 we can watch recaps and highlights from all games.

    Wudar

    August 12, 2009 at 6:55 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: