tentang sesuatu

about anything

Tentang India -part 3

with 9 comments

Keempat – Pakaian seharian orang india

pembaca2 blog ni mesti tertanya dan terpikir bagaimana gambaran org2 kat sini dari segi pemakaian diorang, semua hasil drpd observation aku selama aku tinggal kat sini dan ketika travel di seluruh India,ingin aku ingatkan ini hanyalah semata2 mengikut pendapat aku sahaja,perlu juga rakan2 aku utk mengesahkan tapi ramai yg telah bersetuju dgnnya ketika aku mengutarakan pendapat aku tentang hal ini. aku akan kategorikan kepada lelaki dan perempuan, dan mengikut kategori2 lain.

LELAKI

  1. baju yg paling umum ialah diorang suka pakai baju kemeja berkolar (of course la berkolar nama pun baju kemeja) -mesti korang ingat pelik tapi seriusly diorang ni mmg majority pakai baju kemeja tak kisahlah die tu doktor ke, org kaya ke,miskin ke,even pengemis pun pakai baju kemeja! pada pemilihan baju kemeja, mereka banyak yg gemar baju kemeja yg berkotak2 tak kira la kotak besar atau kecik = corak2 kotak ni remaja2 yg byk pakai/peringkat umur student Uni, yg dewasa dan tua2 besenye memilih kaler plain, dan yg betul2 tua2 (takdela sampai yg bongkok2 tu, yg nampak tua dan bongkok2 juga lah) suka memakai baju kemeja berwarna putih (slalu diganding dgn kain putih-sila baca penerangan pasal kain lepas di bawah)
  2. t-shirt? hanya beberapa org sahaja pakai dan tidak popular dan tidak digemari org2 tempatan india, namun saban hari aku nampak mcm peningkatan pada pemakai t-shirt yg beraneka ragam, kalo yg pakai tshirt bese diorang akan pakai yg tulisan2 atau gamba2 bese, dan bukanlah tshirt adidas mahupun nike (bukanlah diorang miskin, byk je kedai adidas dan nike kat sini) dan ini juga diiingatkan hanyalah generalization! ade sesetengah group yg aku perasan suka pakai lengan panjang, walaupun time musim panas! wow!
  3. seluar? atau kain? diorang kat sini yg besenya pakai kain hanyalah org2 dewasadan org tua, diorang punye kain hampir sama dgn kain pelikat namun kain diorang takde corak mcm kain pelikat dan juga tidak dijahit bersambung (kain lepas la) dan diorang ikat ade cara tersendiri,aku tau tapi tak reti nak describe, cara ikatan tu senang utk diorang berjalan, perlu diingat! diorang suka pakai baju kemeja kan? jadi pakcik2 ni ramai pakai baju kemeja + kain lepas.
  4. seluar pula? seluar secara general aku nampak kalo remaja2 masa kini ramai pakai jeans, tapi jeans diorang mmg gile2 bukan mcm kita kat msia yg pakai jeans yg lawa tapi takde corak2, agak2 modest gitu dari segi jeans punye presentation tapi jeans diorang kat sini mcm2 corak dan gaya, tampalan dan kaler2 yg divariasikan, dgn tompok2 putih di sana sini, poket sana sini, bootcut dan ENDLESS variation dan aneka jeans org kat sini pakai. menarik bukan? warna warni jeans india!
  5. bagaimana pula di kaki? ade dua kategori di sini, yg pakai kasut atau selipar dan yg berkaki ayam, ramai juga yg berkaki ayam di India ni, terutamanya pengemis, TETAPI bukanlah semua yg tak pakai selipar itu adalah pengemis, ade skali aku terkejut la die ni berkaki ayam aku nampak di depan rstoran rupa2nye die adalah pemilik hotel dan restoran di belakangnya! kagum! tapi seiring la juga dgn penyakit cacing yg byk di sini, pada kategori yg memakai kasut pula, yg pakai kasut, kasut diorang tak se-variasi jeans diorang, normal aje lah.
  6. aksesori? diorang sgt suka pakai spec hitam mungkin mereka merasakan diri mereka cool? atau meniru gaya2 artis bollywood seperti john abraham? (john abraham tak hengat nye byk iklan die pakai spek hitam) aku pun tak pasati di atas sebab musabab mereka suka memakai spec hitam namun itulah kenyataannya. aksesori lain? takde yg terlintas di fikiran aku heheh.

PEREMPUAN

  1. perempuan kat sini ada 4 jenis cara pemakaian, iaitu pertama memakai saree, kedua memakai salwar (baju punjabi tu kalo korg tahu la, kalau tak tahu tanya aku lebih lanjut), memakai jubah menutup segala inci badan kecuali muka,dan yg kontemporari seperti remaja zaman skrg = tshir + seluar.
  2. Saree? anda tahu ape saree saya pasti jawapannye ialah iya. tapi tahukah anda saree pada observation aku ade dua jenis iaitu yg baju atasnye menutup bahagian perut dan satu lagi yg expose bahagian perut seperti apa yg bese kite nampak officialnya saree itu! berbagai jenis kain saree juga seperti yg range murah2 kain nye tidak seberapa kilat dan coraknya adelah cliche dan sudah basi, dan yg range mahal kekilatan nye seperti menyabung org sampai mati -exaggeration je… ok2 berbalik kepada perbualan asal, tahukah anda bilakah mereka guna sari?? mereka akan guna saree hampir pada smua kerja seharian dan hampir smua pekerjaan akan memakainye, daripada pengemis, pembersih ikan dan penjual ikan di jeti dan pasar2 ikan, penjaga kaunter, cleaner rumah aku, cikgu, dan ape sahaja jenis pekerjaan terlintas di fikiran, yg aku paling terkejut ialah yg kerja buruh pun pakai saree! yg angkat2 batu besar2 atas kepala (aku tgk masa pergi sikkim) dan pengangkut barang2 kat blakang badan pun pakai saree! menakjubkan bukan? kire saree ni aku dah anggap macam baju national diorang, mmg sgt2 nasional sbb smua jenis pekerjaan memakainya, tak kiralah kerja keras atau cikgu atau ape2 skalipun.
  3. baju punjabi, baju yg labuh sampai lutut dan sluar mengguna material kain yg lembut (sama dgn baju,corak boleh berlainan) dan ade kain apetahnamaakutakingat yg letak kat leher pastu biar jatuh ke belakang, pakaian ni digemari oleh remaja2 dan student2 (peringkat umur student). begitu ramai yg memakai pakaian ini selepas saree (saree paling banyak org pakai).warna dan corak sangat2 variasi, oren,kuning,ungu, diadunkan berbagai bagai cara dan corak bunga2 yg bermacam2 dan ada yg dibubuh manik2 kilat2 atau serbuk2 ape tah, aku tau tapi tak reti nak describe hehe, korang jgn terkejut kalau ko tgk adunan warna yg ko rasa janggal tetapi kat sini nampak seperti biasa sahaja,ape yg ko nampak itulah kegemaran diorang betul kan? tak bleh nak bantah atau apa2 hehe…
  4. jubah. perempuan islam di sini tidak kurang banyak nya, dan majoriti memakai baju jubah melitupi segala badan dan biasanya jubah berwarna hitam, aku rasa smua org yg pakai jubah begini pakai kaler hitam. tak silap aku la, kwn2 aku kat sini sila bagi pandangan ye. of course diorang pakai tudung la.
  5. jenis kontemporari memakai tshirt dan seluar(mainly jeans la) semakin hari semakin berkembang dan makin ramai terutamanya yg kontemporari dan student2 kat sini yg datang dari pelusuk india, maybe yg dari bandar2 besar maybe pakai begini la, dan corak2 jeans tak begitu variasi seperti jeans2 lelaki namun tshirt2 perempuan ni byk gile corak dan warne, variasi la,

Begitulah penceritaan aku tentang pemakain pemakain org2 kat india ni, jadi kalau ada apa2 soalan aku sangat2 alu2 kan. post la soalan kat komen kat bawah ni, klik kat comment tu… pada kawan2 aku kat sini yg baca post aku ni, sila komen tentang pendapat2 anda yg berlainan dari artikel di atas tentang pemakaian org tempatan india yg mengikut observasi anda ye!

sekian terima kasih, nantikan perkara yg kelima pada next part ok!

Written by dr.jabbar

January 9, 2007 at 11:27 pm

9 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. eheh..a true reflection,ma fren~

    kay kamal

    January 10, 2007 at 12:09 am

  2. hahah, ko lupa nak mention part kain tu. time dia nak angkat kain ikat tu rasa macam naik darah ke muka sbb risau ternampak menda2 yang tak sepatutnya (kain tu diangkat tinggi sungguh). hahaha, tp pakcik2 tu slumber n rilek ajeh berseksi di situ.

    oo,pastu kain yang di selempangkan ke bahu bila orang pakai satu punjabi suit (atau sengkatan dengannya) dipanggil duppata (ke dupatta? tak sure lah spelling dia. eheh).cantik kan2? mcm daphne pakai tu, aku suka je tgk.

    ummm, pasal seluar lelaki aku tak perasan plak kalu ko ada sebut pesen die. kat bahagian cawat dia sangat tinggi tau. kire bhgn punggung tu ala2 ketat sket ah. bak kata aiman, nak mengurangkan populasi india (ahah…). tp nmpak elok jeh, sbb bhgn atas dah ketat, nampak macam derang pakai boot cut py suar plak. (uhuh…aku suka boot cut, bias sket lah kot, haha)

    umm2, nnt2 aku baca skali lagik pastu komen lagik. hahaha.

    aima-cho

    January 10, 2007 at 7:00 am

  3. aku nk try pki saree lah
    tp taknak yg sexy2 ah
    hehe

    punjabi tak seksi kan??
    haa boleh la tuuu
    nak try gak
    mesti best
    mesti lain jek aku ppki cmtu
    klakar kottttt

    batek kem slm.
    dia rindu kat ko

    virgobiru

    January 10, 2007 at 6:53 pm

  4. em..

    Jabbar sgt terperinci. Aku post nie sebab nanti ko igt aku tk baca lak hehe. Anyway nk share kat cn pun org2 nyer bila time Summer and Fall esp.nya sgt suka berkaki ayam gak.

    muhammad riduan

    January 11, 2007 at 5:20 am

  5. aper2 jelaaaa………………..

    DeddY

    January 11, 2007 at 9:42 am

  6. jaba telah memberitahu saya bahawa page ini mempunyai hit 30++ sehari

    ‘ek’ sial.

    faridfadhly

    January 11, 2007 at 10:45 pm

  7. study la woiii…final nak dekat!!!!!

    p/s…kain yang terbelah tu untuk senang diorang kencing tepi jalan…

    Kay

    January 13, 2007 at 5:23 pm

  8. eyy apesal ko tak ade mention pasal eksesori perempuan? ckp laa sikit. yg pakai kt kepala ke. gelang2 kaki ke. yg mcm dlm cite hindustan tu. adekah itu satu realiti atau hanye dlm majlis2 tertentu je diorang pakai?

    azia

    January 14, 2007 at 2:37 am

  9. betul jugak cakap ko azia, aku ade gak nampak tapi aku rasa biasanya diorang pakai gelang byk2 time event2, kawen ke apa2 ke, tapi sikit2 ade la, mcm cleaner aku ade pakai gelang kat kaki, nanti aku cuba usha dan bincang ngan member2 hehe

    abduljabbar

    January 14, 2007 at 10:36 am


Leave a reply to Kay Cancel reply