tentang sesuatu

about anything

betapa cepat sesuatu berubah

leave a comment »

Semalam ketika makan lunch kat kedai Desa Baru, aku terserempak dengan seorang pakcik yg cool bernama ismail (bukan nama sebenar), aku mmg asal jumpa die kat kedai makan memang aku akan berborak sakan dengan die, die mmg boleh layan orang borak gile gile walaupun umur die lebih dari darab dua umur aku.

Die adalah bekas cikgu abang aku di sekolah asrama abang aku kat kajang, aku kenal die sebab die antara jiran aku yg dekat2 dengan rumah aku kat melaka ni. Dia seorang yang suka ketawa, pandai buat lawak, dan memang peramah. Pendek kata die memang sangat best la.

Tapi, betapa cepat sesuatu berubah. Ketika aku menegur die semalam, mata sebelah kirinya kelihatan agak ganjil, aku bertanya:

“pakcik apa khabar sekarang”

“mata pakcik sebelah kiri dah tak boleh tengok la, mmg sebab kencing manis”

“doktor cakap apa pakcik?”

“doktor nak buat operation, tapi queue panjang sangat kat hospital tu, kene tunggu, lagi 3 minggu katanya”

“tak boleh mintak cepat ke pakcik?”

“mcm mana nak buat dik, hospital kerajaan kan tepu, biasalah tu. pakcik pergi dulu ye dik, pakcik bungkus je ni makan tengahari”

“pakcik jaga diri elok2, dan doa2 banyak supaya cepat sembuh”

“ok la dik ye, pakcik pergi dulu”

 

Aku tersentak. Aku bagai tak percaya betapa cepat sesuatu berubah. aku baru bergelak ketawa dengan dia 2 bulan lepas, di kedai yang sama. biasanya die yang takkan bagi aku chow cepat2, dia akan ajak aku berborak sama2 over the lunch.

Kesedihan mula merasai di dalam diri. Inilah kali pertama aku merasai setelah 4 minggu melihat patient kencing manis dengan masalah mata. Ianya lebih terkesan dalam diri aku sebab aku memang kenal die, dan perubahan drastik pada percakapan dan perlakuan die membuat aku rasa sangat sayu dan sedih.

Kuasa tuhan menentukan segalanya, tetapi manusia perlu mengambil langkah proaktif dan berusaha untuk diri sendiri. Apakah yang aku rasa normal? atau aku extra sensitive? Aku terpanggil untuk menulis ini, sebab kita takkan sedar betapa cepat sesuatu boleh berubah, jadi perlunya untuk kita buat sesuatu untuk elakkan perubahan yang tidak diingini.

Diabetic Retinopathy: The most common silent killer of the eye in Malaysia. It is preventable, better if as soon as possible.

 

Kencing Manis merosakkan Sensor di dalam mata anda secara senyap2

Kencing Manis merosakkan "Sensor" di dalam mata anda "secara senyap2"

Written by abduljabbar

February 10, 2009 at 12:17 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: